Sejak kebelakangan ini ekonomi negara meningkat pesat dengan pendapatan per kapita dianggarkan mencecah 32.720 setiap tahun. Menandakan ini merupakan negara maju dan juga mampu bersaing dengan negara barat dan negara timur. Dengan kadar begitu dan pesatnya ekonomi membawa keutungan dan kerugian pada negara itu sendiri.
Kesan positif darinya ialah negara ini menduduki 20 negara termaju di dunia justeru dipandang tinggi oleh negara lain, mempunyai sistem pertahanan negara yang kuat dan cekap, memiliki bangunan pencara langit yang dimana setiap darinya diambil alih oleh organisasi peringkat atas, nilai mata wang yang tinggi dan juga kukuh serta bangunan kerajaan seperti hospital dan pusat pengajian dibina bagi memudahkan rakyat.
Sementara kesan buruknya peluang pekerjaan dan saingan berkerja meningkat drastik kerana jumlah penduduk semakin bertambah setiap tahun. Setiap negeri pusat terjejas dengan itu termasuklah negeri ini. Pendatang asing juga kerap berkeliaran di sekitar kota lebih-lebih lagi di wilayah pulau malah lebih teruk mereka menciptakan kelompok mereka sendiri demi bertahan hidup.
Aku memasuki markas merlihat sekeliling, di dalam markas hanya Area dan Kai sahaja di sini. Pintu ditutup kaki bergerak menghadap sofa, sebuah soalan ditanya kepada Area yang sedang berada di peti sejuk. “Area, mana Siti dan Mika?”
Area yang berada di sana sedikit terpaku dengan soalanku, dia berpaling menjawab soalan itu, “Rasanya Siti tak dapat datang ke sini kerana kelas tambahan. Mika pula sibuk dengan kelab sukan dan kelab seni dia. Kenapa Adam?”
“Tak ada apa,” balas halus ku kemudian aku meletakkan beg sekolah di sudut ruangan markas kami.
Nampaknya mereka berdua sibuk kebelakangan ini dengan kelab masing-masing. Aku menjatuhkan tubuh di atas sofa memikirkan sesuatu di dalam fikiran. Mika dan Siti biasanya sangat jarang datang ke sini saat hari sekolah berlangsung dan pada hari cuti markas kami akan penuh dengan geng kami ataupun geng-geng lain yang mahu melepak ke sini. Tentu geng-geng datang merupakan kenalan rapat kami. Dalam anggota Hate juga, hanya Kai dan Area yang tidak bersekolah. Mereka biasanya akan berjalan disekitar kota saat kami tiada di markas sewaktu awal pagi, lebih-lebih lagi Area yang suka berjalan-jalan.
Kai duduk di depan monitor, mengetik beberapa baris kod Python dengan cepat. Di atas skrin, sebuah terminal hitam menunjukkan hasil yang hanya boleh difahami olehnya, angka-angka dan simbol-simbol yang saling berhubungan, mencipta corak yang rumit. Kod itu, seakan-akan mempunyai nyawa sendiri, menunggu untuk dijalankan. Di sebelah kiri meja, ada sebuah papan putih yang penuh dengan catatan kecil tentang projek-projek pengaturcaraan yang sedang dikerjakan. Kai tampak tenggelam dalam dunia digitalnya, di mana setiap masalah mampu diselesaikan dengan algoritma yang tepat, dunia yang jauh dari kekacauan dunia nyata di sekelilingnya.
Sementara itu, di sudut bilik, lukisan dinding Mika mengintimidasi sesiapa sahaja yang berani melihatnya. Gambar-gambar kelam, dengan perincian yang begitu menyeramkan, menggambarkan suasana yang seolah hidup. Beberapa wajah dengan ekspresi mengerikan tampak seolah memandang tajam pada mereka yang melewati bilik itu. Mika tetap gigih mempertahankan karya seni tersebut, tak ingin menyingkirkannya meskipun banyak yang merasa takut. Sebagai jalan tengah, Siti dan Kai memutuskan untuk menutupi lukisan itu dengan tirai hitam tebal. Mereka tahu, meskipun menutupi karya itu tampak seperti cara untuk menghindari ketakutan, Mika akan tetap merasa bangga pada seni gelapnya, tidak peduli seberapa mengganggu itu.
Di hujung sudut ruangan, Siti menemui beberapa benda yang tampak menarik—sebuah buku lama, beberapa kertas lusuh, dan surat khabar yang sudah pudar warnanya. Dia tidak tahu pasti siapa yang pernah menyentuhnya atau bagaimana barang-barang itu sampai di sana, tetapi rasa ingin tahunya membuat dia menaruh semuanya di atas meja, berharap bisa mencari tahu lebih banyak nanti. Siti mengamati setiap benda itu, berharap ada petunjuk yang boleh menghubungkannya dengan sesuatu yang lebih besar. Dalam diam, dia merasakan adanya jejak masa lalu yang membekas pada setiap benda yang ditemui.
Aku mula menggerakkan tubuh ke kiri dan kanan mencari posisi sempurna sambil berfikir sesuatu. Semalam duit kakak habis sebanyak lima belas ribu kerana cuba menolong Area. Untuk hari ini aku harus memberitahunya bahawa hutang itu telah selesai. Tapi nampak gayanya aku terpaksa menunggu Area untuk datang ke sini. Lagipula Kai berada di markas bersama kami dan jika dia tahu yang Area pinjam duit sebanyak lima belas ribu dan apa yang terjadi semalam itu akan menjadi tegangan diantara kami. Jadi aku terpaksa tunggu saat yang sesuai sebelum memberitahu Area yang hutang yang dia pinjam telah selesai. Aku juga sedikit tertanya tantang Kai, dia sekarang berada di stage berapa?
Mataku melihat ke arah Area saat berada di atas sofa, melihat wajah comelnya yang halus. Kalau difikirkan balik, wajah Area cukup comel dan mulus. Jika dia tersenyum dapat dipastikan bulan dan bintang akan jatuh ke bumi. Mata biru lautnya sentiasa berkaca saat dia berkata-kata, gembira, mencuit apatahlagi saat menangis, ia sangat indah. Malah ia mampu menarik perasaan orang disekitarnya.
Rambutnya halus, namun sayang sekali, aku belum pernah melihat secara keseluruhan rambutnya kerana dia sentiasa menutupinya. Apa yang membuatkan ku suka dengan Area adalah suaranya yang merdu lebih halus dari mana-mana wanita. Dia selalu bersuara dan nadanya mungkin lebih merdu jika dia bernyanyi.
“Awak nampak macam ada masalah Adam?” tanya Area berjalan menuju sofa sambil menghulurkan tangan, “Nah, awak nak Adam? Makanan ringan ni saya baru beli sebelum menuju ke sini.”
Aku membetulkan posisi dari posisi tidur ke posisi duduk kemudian mengambil makanan ringan yang diberikan Area. “Awak nampak macam memikirkan banyak perkara Adam. Apa yang awak fikirkan?” soalnya semasa mencari ruangan di sofa untuk duduk bersamaku.
“Tidak ada apa Area. Saya hanya fikirkan tentang masalah sekolah itu aja.”
Area mula bersandar pada sofa cuba menjelaskan sesuatu, “Macam tu ke. Saya ingat yang awak masih fikirkan tentang kejadian semalam. Maaflah ianya tiba-tiba. Kebetulan saya terserampak dengan awak Adam.”
“Ya, tak ada apa.”
Kalau difikirkan balik Area berhutang sebanyak lima belas ribu itu bukan jumlah yang sikit dan kenapa berutang terlalu banyak? Dan apa yang dia lakukan terhadap duit yang dia pinjamkan. Aku mahu bertanya namun Area kelihatan tidak mahu berbincang pasal ini. Apatah lagi di hadapan Kai. Mungkin dia mahu merahsiakan hal ini dari kami.
Bunyi letupan di komputer Kai memberi tanda bahawa kami masih bertiga di dalam ruangan ini. Kai yang hanya fokus melihat monitor sebenarnya cuba mencuri dengar perbualan kami. Namun Area sedikit bertindak pantas untuk mengubah topik perbualan.
“Adam, awak nak temankan saya?”
“Pergi ke mana?”
“Kita akan pergi ke beberapa lokasi sebagai tugas geng jalanan untuk mengumpulkan sesuatu. Awak nak pergi bersama saya Adam?”
“Ya, rasanya saya boleh temankan. Lagipun saya ada banyak masa luang untuk sekarang.”
“Bagus, kita perlu ke lokasi pertama dulu. Kai awak nak ikut bersama kami?” Area bertanya kepada Kai yang sedang asyik bermain permainan video, dia menghentikan komputernya sebelum menjawab, “Rasanya tak, aku agak sibuk dengan tugasan lain lepas habis main ni. Jadi rasanya agak sibuk. Awak boleh pergi bersama Adam, Area, kalau awak nak,” balas ringkas Kai.
“Baiklah, Adam jangan lupa habiskan makanan ringan tu sebelum pergi,” kata Area sebelum pergi ke ruangan dapur meninggalku di sofa.
Dengan cepat aku menghabiskan makanan yang diberi Area sebelum bertolak menuju tempat yang dia cadangkan.
Aku sememangnya mahu memberitahu Kai tentang apa yang berlaku semalam. Namun nampaknya aku terpaksa sembunyikannya kerana ini urusan kami. Aku tidak mahu melihat anggota Hate dibebani oleh masalah yang aku hadapi. Sama seperti semalam Kai masih bermain permainan yang aku belikan.
“Baiklah, Adam. Mari kita pergi,” ucap Area yang bersedia untuk meninggalkan markas.
Dua bulan yang lalu, kami pernah bersepakat untuk menggunakan nama samaran yang melambangkan kebebasan, seperti burung hantu, burung helang, burung merpati, burung kenari, dan burung gagak. Nama-nama itu bukan sekadar pilihan, tetapi simbol bagi cara hidup kami. Burung-burung tersebut bebas terbang ke mana sahaja mereka mahu, tidak terikat dengan tempat atau keadaan, dan itulah yang kami rasakan pada masa itu. Kami bergerak tanpa batasan, melakukan apa yang perlu dilakukan, dengan nama-nama samaran yang melambangkan semangat itu. Namun, entah mengapa, sejak dua bulan yang lepas, nama-nama itu sudah tidak digunakan lagi, atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh kami yang terlibat.
Aku menjelaskan segalanya yang berlaku semalam kepada Area, tentang pertengkaran aku dengan kakak kerana telah menghabiskan lima belas ribu miliknya. Area sedikit rasa iba dan serba bersalah mendengarkannya. Disebabkan itu dia mengajak aku untuk mengutip hutang dikejiranan samseng tanpa diketahui oleh anggota Hate lain. Tugasan ini untuk kumpulkan wang yang pajakan kontrak samseng yang tinggal di wilayah utara. Sebelum mengambil sebilangan wang, Area perlu pergi ke daerah tertutup yang ada di pinggiran bandar. Dan kami berdua sekarang sedang menuju ke sana.
“Cuaca hari ni agak terik berbanding semalam.”
Suara gagak melantun disekitar kami.
“Ya saya harap kita tak terserempak dengan mana-mana samseng jalanan.”
“Awak memang ada urusan dengan mereka Area? Tentang geng yang kejar awak?”
“Sikit, ianya bukanlah urusan penting. Awak janganlah risau. Kenapa tiba-tiba awak tanya?”
“Tak ada apa, saja.” Aku memalingkan kepala ke samping kanan. Dalam masa yang sama aku memikirkan sesuatu mengenai Area. Dia sering terlibat dengan geng-geng di sekitar kami dan sering berlaku pertengkaran diantara mereka. Aku tidak tahu kenapa dia sering berkeliaran di kejiranan yang bahaya dan mendapat masalah yang rumit. Jika dia terus begitu, itu akan memudaratkan dirinya. Mungkin kerana dia merupakan salah satu anggota penting yang berurusan dengan samseng jalanan. Mungkin ini kerja yang dia selalu lakukan.
Aku menarik pandangan kembali ke arahnya, “Kebelakang ni awak tak rasa bosan?"
“Urmm... Rasanya tak sangat sebab saya agak sibuk dengan kerja rumah dan lagipun esok saya nak jumpa seseorang.”
“Jumpa seseorang? Untuk apa?”
“Urusan dengan pemimpin kumpulan.”
Dia juga sering campur tangan dalam urusan organisasi besar. Disebabkan itu Area dia sentiasa berada di dalam masalah setiap kali kami terpisah dengannya. Mungkin aku patut menasihati dia.
“Area saya nak awak tolong jaga diri lepas ni dari samseng sekitar dan jangan cari masalah dengan mereka.”
“Saya akan berhati-hati, kalau jumpa mereka saya akan terus lari. Awak janganlah bimbang saya tak akan cari masalah lagi dengan mereka. Kita dah sampai.”
Kami berhenti di hadapan apartment lama yang ditinggalkan. Bangunannya berwarna hitam pudar ditambah dengan jendela yang rosak disekelilingnya. Kami juga dapat melihat burung gagak yang bertebaran di atasnya. Pintunya diperbuat daripada kayu.
Area menekan loceng pintu menyebabkan bunyinya beredar di telinga kami. Gema menjadi sunyi seketika sebelum ia ditekan buat kali kedua. Namun hanya angin yang menggantikan bunyi itu dan kami hanya memandang pintu bangunan ini.
“Tak ada orang.”
“Mungkin tuan rumah tak ada.”
Aku bergerak ke jendela untuk mengintai keadaan. Dari sana aku dapat menyaksikan barangan yang bersepah di lantai dengan buku-buku dan kerusi yang bertaburan. Hanya sedikit yang mampu dilihat. Lampu juga tidak dipasang.
Setelah itu pandangan dialihkan kembali ke arah pintu tepatnya ke arah Area yang sedang mendongak membaca tulisan apartmen ini. Dia tidak mengeluarkan suara sedikit pun. Sedetik kemudian pintu terbuka sendiri membuatkan pandangannya menurun ke bawah. Loceng juga turut berbunyi.
Kami memandang antara satu sama lain sebelum memasuki apartment ini. Pintu ditolak perlahan mengeluarkan bunyi.
“Hello...!! Ada sesiapa disini?”
Suara Area menimbulkan gema tanpa balasan.
“Anehnya,” bisiknya.
“Nampaknya tempat ni terbengkalai.”
“Saya tak rasa yang ia ditinggalkan. Mungkin ada orang kat dalam sana.” Tunjuk Area pada pintu ruangan dapur.
Keadaan disini tidak terurus sama sekali. Ruangan di pintu hadapan sedikit berhabuk. Cahaya matahari juga menyusuri tempat ini melalui lubang-lubang kecil. Beberapa ruangan bilik yang lain terlihat gelap tanpa sinaran dan segala yang berada di sini betul-betul berantakan.
Kami cuba mencari suis lampu namun tidak menjumpainya. Lalu sedetik kemudian kami terdengar suara yang keras dari arah dapur.
“Apa bising-bising ni?”
Seorang lelaki bertubuh besar serta berotot. Berpakaian t-shirt putih dengan seluar jean mula keluar dari pintu dapur sambil memerhati sekeliling.
Matanya terhenti ke arah kami. “Oh kamu Area? Lama tak jumpa. Apa yang kamu mahu?”
Area mengangkat tangan melambai tanda memberi salam. Kemudian dia menjatuhkan tangan dengan ucapan.
“Kami ke sini nak dapatkan Lon.”
Lelaki tersebut sedikit terperanjat apabila mendengarnya. Matanya juga sempat melirik diriku sebelum dia mula bersuara.
“Lon? Tak apa ke kalau kawan kamu tahu tentang ni?”
“Rasanya tak, lagipun kami satu kumpulan,” balas halus Area.
Sekilas dia melihat ku sebelum bertanya pada Area.
“Sebelum tu Area saya nak tanya kamu sesuatu.”
Dia merendahkan dirinya seperti mahu berbisik.
“Kamu ada dengar apa-apa berita tak mengenai budak jalanan yang dilantik menjadi pemimpin kumpulan?”
Area membalasnya dengan bisikan halus, “Rasanya saya belum tahu apa-apa pasal ni. Apa yang berlaku?”
“Baru-baru ni ada khabar angin tersebar dimana seorang anak jalanan dilantik menjadi ketua di wilayah pulau. Benda ni berlaku sekitar sebulan yang lepas. Betul atau tak benda ni masih baru belum ada kepastian lagi.”
“Saya tak rasa yang khabar angin ni betul. Lagipun untuk dilantik menjadi ketua sangat sukar. Mungkin ni hanya gurauan palsu geng sekitar.”
“Betul jugak. Mungkin ni cerita rekaan. Kamu tunggu sini Area nanti saya datang balik.”
Dia meninggikan tubuh lalu segera menuju dapur.
“Apa yang awak bualkan Area?” tegur ku dari belakangnya.
“Tak ada apa. Cuma hal kawasan aja.” Senyum Area.
Selang beberapa waktu kemudian, lelaki itu kembali sambil membawa sesuatu di genggamannya. Ia mirip seperti kertas yang digulung dengan lapisan plastik disekelilingnya.
A case of content theft: this narrative is not rightfully on Amazon; if you spot it, report the violation.
“Ini ada sepuluh tempat yang kamu perlu tinjau. Kesemuanya berada di wilayah utara. Tunjukkan senarai nama ni pada mereka dan mereka akan berikan hasilnya.”
Semasa Area mengambil gulungan kertas itu, mata si lelaki melirik ke arah ku sebelum menyatakan sesuatu.
“Pastikan kawan kamu tak buat masalah.”
Area berundur ke belakang sambil memasukkan gulungan tersebut ke dalam poket. Dia membalas ucapan lelaki itu dengan perlahan.
“Dia tak akan buat masalah... Saya janji.” Suara lembutnya.
“Baiklah kalau begitu sila hati-hati.”
Maka kami berdua mula keluar dari apartment ini tanpa berkata banyak. Apabila berada di luar dan haba menyentuh kami, gulungan kertas tadi dibuka Area, dia memeriksa setiap tulisan yang ada disebalik sinar matahari. Apabila selesai dia menggulungkan kembali dan menyuruh ku untuk ke daerah barat.
Kami menuju ke bandar untuk mengambil papasan wang kontrak yang dikatakan oleh Area. Katanya, terdapat sepuluh lokasi berbeza yang perlu ditinjau, dan ini jelas sekali akan menjadi urusan yang memakan masa.
Destinasi pertama kami ialah sebuah kafe kucing yang popular di pusat kota. Kafe ini menjadi tarikan kerana pelanggan dapat menikmati minuman sambil ditemani kucing-kucing comel yang berkeliaran. Setibanya kami, Area terus menuju ke pintu kedua kafe itu. Dia membunyikan loceng kecil yang terletak di sebelahnya.
Beberapa saat kemudian, seorang lelaki keluar menyambut kami.
“Oh, Area. Saya ingatkan penghantaran penting sudah sampai tadi,” kata lelaki yang rupanya ialah pengurus kafe.
“Taklah, Encik Rizal. Kami datang atas urusan lain,” balas Area dengan tenang.
“Begitu?” Encik Rizal kelihatan sedikit kehairanan. “Apa yang membawa kamu ke sini?”
Area mengeluarkan senarai nama dari sakunya dan menyerahkannya kepada Encik Rizal. Dia meneliti senarai itu dengan rapi.
“Ah, jadi ini urusannya. Maaf ya, berikan saya sedikit masa,” katanya sambil tersenyum kecil sebelum masuk semula ke dalam kafe, meninggalkan kami untuk menunggu.
Semasa menunggu, mata Area melirik salah satu kucing yang berada di dalam kafe. Dia mendekatiku sambil berkata, “Adam kucing dekat sana cantik kan?”
Mataku memandang ke arah kucing yang disebutkan Area. “Ya, memang cantik.”
Area terus memandang kucing itu tanpa berkata apa-apa membiarkan waktu memberikan masa menjelaskan sesuatu, “Kucing Ya, setiap kucing punya personaliti berbeza-beza... Jadi sebab tu tiap orang memiliki sifat kucing yang berbeza.”
Area melirik ke arah kucing itu kembali dengan perasaan yang berdebar akan infomasi baru. “Oh ya ke”, tanyanya sebelum menambah, “Saya lebih suka kucing yang berwarna putih sebab dia nampak gebu, awak Adam suka warna apa?”
“Entah, saya lebih suka kucing yang berani.”
Tidak lama kemudian, pintu dibuka semula, dan Encik Rizal muncul membawa sejumlah wang yang kemudian diserahkan kepada Area. Setelah perbualan ringan antara mereka berdua, kami meninggalkan kafe itu untuk menuju ke destinasi seterusnya.
Lokasi seterusnya ialah sebuah kedai gunting rambut kecil yang terletak di kawasan kejiranan. Kami melangkah masuk, dan Area segera berbual dengan penjaga kedai yang sedang sibuk menyusun peralatan.
“Ah, Area! Sudah lama tak nampak kamu,” sapa penjaga kedai itu.
“Ya, saya ada urusan,” jawab Area sambil menyerahkan senarai sama seperti sebelumnya. Penjaga kedai itu meninjau senarai itu seketika sebelum tersenyum. Dia masuk ke dalam bilik belakang dan keluar semula dengan membawa wang yang dijanjikan.
Kami tidak berhenti di situ sahaja. Destinasi demi destinasi kami jelajahi—bengkel kereta, kedai pembuatan tatu, kawasan bar, dan beberapa lokasi lain yang aku tidak pernah jejaki sebelum ini.
Pada satu ketika, kami perlu menaiki kereta api untuk menuju ke kawasan yang lebih jauh. Walaupun perlu mengeluarkan sedikit wang untuk setiap perjalanan, jumlah yang Area kumpulkan ternyata lebih banyak daripada jangkaan aku.
Sepanjang perjalanan, Area kelihatan menikmati setiap langkah perjalanan ini. Kami juga berhenti seketika di sebuah gerai tepi jalan untuk makan petang, sambil berehat dari perjalanan yang memenatkan.
Hari ini terasa sangat panjang, namun kami masih belum selesai. Dengan senarai di tangan Area, kami bersedia untuk menghabiskan baki destinasi sebelum malam menjelma. Sekarang baki untuk dilaksanakan hanya tinggal lima.
***
Kami menghampiri daerah barat di wilayah utara tempat nelayan menangkap ikan. Kawasan sekeliling dipenuhi bot dan perahu. Boleh dianggap kawasan penting bagi wilayah utara dalam aktiviti perdagangan laut.
Di pinggiran lautan seorang lelaki kelihatan sedang menggulungkan tali tanggapannya diatas perahu disamping pantai. Pakaianya juga biasa dengan warna putih dan tubuhnya kurus kering seperti usia 50an. Area mendekati nelayan itu sambil mengangkat tapak tangan.
“Hello Pakcik.”
Lelaki tua itu menarik pandangan ke atas. kemudian berdiri dari tempatnya sambil berkata, “Oh kamu Area... Kenapa kamu datang kesini?”
Area mencelup ke dalam poket lalu mengeluarkan kertas dan menunjukkannya dengan kedua tangan. “Ini tengok ini nama awak ada dalam senarai.” Area menggerakkan kertas.
“Ohh... Ini ya...tunggu kejap ya…”
Nelayan itu berdiri daripada perahunya kemudian mula memasuki bangsal yang berada berhampiran.
“Awak kenal lelaki ni Area?”
Area melihat-lihat dua kali sebelum menjawabnya, "Ya dan kenapa awak buat mula macam tu Adam??" Intonasi suara yang lemah itu membuatkan diriku menurunkan pandangan jengkel ke bawah.
“Tak ada apa. Cuma...”
Pandangan dialihkan ke jemuran ikan di tepi perahu. Bau ikan dan sotong memenuhi sekitar kami. Ia kelihatan agak menjijikkan.
Setitis idea keluar mencari alasan. Mata yang ditekan diangkat luas. “Tempat ni agak terpencil jauh daripada mana-mana bangunan dan pencemaran bunyi.”
Namun sayangnya bau yang tidak sedap memenuhi rongga pernafasan ku. Area membalas ucapan ku sambil berjalan menghadap lautan.
“Ya tempat ni sedikit tenang dengan angin dan udara yang bertiupan dari arah laut. Kita boleh tengok wilayah pulau dari perbatasan ni.”
Dia memandang seberang lautan dengan kedua tangan menyilang. Suaranya cuba mengeluarkan irama namun terhenti oleh teguran nelayan.
“Saya bukannya nak takutkan kamu tapi papan dekat bawah tu sedikit retak dan belum kukuh sepenuhnya.”
Area mencari langkah aman. Dia beranjak dari papan kayu lama ke arah rumput. Lelaki itu mendekati pinggiran sebelum memberikan sejumlah wang. Ia bertukar tangan. Dari tangan nelayan ke tangan Area. Wang itu kemudian dimasukkan ke dalam poket sweater Area.
Tidak lama setelah itu lelaki itu mula memandangku. Awalnya aku terbiasa dengan tatapan mencurigakannya. Namun pandangannya semakin lama semakin menjengkelkan dan ia mula membuat ku kurang selesa.
“Kenapa pakcik pandang lama-lama?” soalku.
“Apa budak ni pasangan kamu ke Area, berani betul dia?" Dia menilik diriku sambil menyentuh janggut panjangkan. Tiga helaian.
“Tak lah...! Dia cuma teman aja. Janganlah pakcik fikir bukan-bukan.”
“Ooh, jadi dia teman kamu ya. Nak kamu betul-betul bertuah, tolong jaga dia baik-baik." Dia menepuk-nepuk bahu ku.
Sememangnya aku tidak faham tentu maksud yang disampaikannya. Namun janggut putihnya sedikit menganggu diriku. Kenapa ia panjang sehingga ke leher? Kalau diberi peluang aku akan mencukurnya, namun ia kelihatan disimpan beberapa tahun.
Area menarik nafas dengan suara halus diringi kedua tangan saling menyentuh paha menggengam sedikit kain skirtnya, “Pakcik janganlah ganggu dia… Dia cuma teman aja,” ucapnya dengan suara lembut yang sedikit gemetar.
Nelayan itu mengambil langkah kebelakang sebelum menunjukkan ibu jari padaku sambil tersenyum seolah-olah aku memenangi pelumbaan yang besar.
Aku hanya mampu membalas dengan ekspresi bingung. Apa maksudnya sebenarnya? Namun, sebelum aku sempat bertanya lebih lanjut, nelayan itu menyambung, “Oh ya, sekarang saya baru ingat nak naikkan jala dari dalam air. Kamu berdua seronok dapat berbual dengan kamu. Nampaknya kita terpaksa berpisah di sini.”
Tanpa menunggu balasan, dia melangkah pergi, meninggalkan kami berdua.
“Anehnya pakcik tu Area. Dia nampak suka mengusik,” ucapku cuba mengambalikan suasana diantara kami.
“Ya, dia memang macam tu,” jawab Area sambil tersenyum kecil, meskipun matanya masih menyiratkan sedikit kegelisahan. “Kadang-kadang dia suka usik orang tanpa sebab yang jelas. Adam, awak janganlah ambil hati dengan apa yang dia ucapkan.”
“Tapi, saya masih tak faham apa yang dia cuba maksudkan? Awak tahu Area?” tanyaku lagi, dengan perasaan ingin tahu.
Area sedikit tersentak, wajahnya berubah menjadi ekspresi yang sulit ditafsirkan. “Tak ada apalah, Adam,” balasnya cepat sebelum melangkan laju. “Kita kena pergi ke lokasi seterusnya dengan cepat ni.”
Namun, ketika aku mulai berjalan, aku mendengar Area berbisik pelan di belakangku, “Padahal awak pun selalu buat macam tu.”
Aku menghentikan langkah sejenak, mendekatkan telinga ke arahnya. “Apa dia, Area?” tanyaku, berpura-pura tidak mendengar dengan jelas.
Dia langsung terperanjat, wajahnya berubah merah padam seperti seseorang yang tertangkap basah. “Ehhh...? Tak ada apa-apa!” jawabnya tergesa-gesa.
Tanpa memberi kesempatan bagiku untuk bertanya lebih jauh, dia mempercepat langkahnya, meninggalkanku di belakang. Aku sempat menangkap rona kemerahan di pipinya, sesuatu yang jarang terlihat darinya.
“Kita kena cepat, takut lambat nanti!” katanya dengan nada tegas, meskipun jelas dia sedang berusaha menyembunyikan rasa malunya.
Aku tersenyum tipis, menatap dirinya yang kini bergerak lebih cepat. Dalam hati, aku tahu ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan, tetapi aku memilih untuk tidak memaksanya. “Baiklah, Area,” balasku sambil mengejarnya.
***
Tempat ketujuh merupakan tempat kejiranan samseng yang terletak di kawasan terpencil, jauh dari pusat kota. Keadaan di sini sangat berbeza dengan kawasan lain yang pernah kami lalui—jalan sempit, kotor, dan penuh dengan tanda-tanda keganasan. Beberapa bangunan lama dan rumah usang berdiri rapuh di sepanjang jalan, seolah-olah mencerminkan kehidupan gelap yang dijalani oleh penghuninya.
Suasana di sekitar amat tegang. Beberapa lelaki berotot, dengan tatu yang menghiasi lengan mereka, berdiri dengan wajah keras, menonton setiap langkah kami. Mereka bukan sekadar penjaga kawasan, tetapi juga penanda bahawa ini adalah kawasan yang tidak mudah dimasuki oleh orang luar. Area berjalan di hadapanku, matanya tidak menunjukkan sebarang tanda ketakutan, tetapi aku tahu dia juga tidak begitu selesa berada di sini.
Sebelum kami melangkah ke sini juga, Area sedikit terkejut semasa memandang senarai nama yang diberikan. Walaupun dia cuba sembunyikannya dari pandangan ku, aku tahu tempat yang dituju merupakan tempat yang bahaya.
“Area, awak tak rasa pelik ke dengan tempat ni?” tanyaku sambil melirik ke sekeliling. Suasana di kawasan ini terasa tegang, dengan lorong-lorong yang sempit dan dinding-dinding penuh dengan grafiti.
“Tak,” balas Area santai, sambil memasukkan tangannya ke dalam poket sweaternya. “Sebab saya selalu masuk ke dalam kawasan ini.” Nada suaranya tenang, seolah-olah kawasan kejiranan samseng ini tidak asing baginya.
Aku tidak dapat menahan diri untuk terus memandang ke kiri dan kanan. Beberapa samseng yang duduk di sudut lorong memandang kami dengan pandangan tajam. Salah seorang daripada mereka, seorang lelaki bertubuh besar dengan jaket kulit, mengangkat dagunya ke arah kami, seolah-olah cuba menilai keberanian kami untuk terus melangkah.
Aku menelan liur, berusaha menyembunyikan rasa gugup. “Awak yakin kita selamat di sini?” bisikku perlahan, langkahku sedikit teragak-agak.
Area hanya tersenyum kecil tanpa menoleh. “Jangan risau. Selagi kita tak cari masalah, mereka takkan buat apa-apa. Lagi pula, saya kenal beberapa orang di sini.”
Namun, aku perasan salah seorang samseng mula berdiri, menghampiri kami dengan langkah perlahan. Tangannya diseluk ke dalam poket, dan tatapannya tidak beralih dari kami. Jantungku berdegup kencang, tapi aku terus berjalan di sisi Area, berpura-pura tenang.
“Area,” bisikku lagi, kali ini dengan nada lebih serius, “kalau jadi apa-apa, awak ada rancangan?”
Area menoleh sedikit, wajahnya masih tenang seperti biasa. “Percayalah pada saya, Adam. Semuanya akan baik-baik saja.”
Walaupun aku cuba mempercayainya, aku tidak dapat menghilangkan perasaan tidak selesa itu. Pandangan samseng-samseng di sekeliling kami membuatkan aku berasa seperti kami sedang berjalan di atas tali nipis yang boleh putus pada bila-bila masa.
Kami berjalan dengan langkah yang semakin perlahan, suasana kejiranan yang penuh dengan samseng mulai terasa lebih sunyi, seolah-olah semua mata memerhatikan setiap gerak-geri kami hilang mendadak. Setelah beberapa minit menyusuri lorong-lorong sempit itu, kami berhenti di hadapan sebuah rumah putih yang berdiri teguh di tengah kawasan ini.
Rumah itu kelihatan berbeza daripada bangunan-bangunan lain di sekitarnya. Dindingnya yang bersih tanpa coretan grafiti memberikan kontras yang mencolok dengan suasana kejiranan yang suram dan usang. Pintu kayu tebal dengan ukiran sederhana berdiri kokoh di hadapan kami, dan jendela-jendela kecil di kedua-dua sisi tampak tertutup rapat.
Aku memandang Area semasa memandang rumah putih yang ada dihadapan kami. “Rumah ni... milik siapa? Nampak macam tak sesuai berada di kawasan macam ni.”
Area menarik nafas sebelum menjawab, suaranya rendah dan perlahan “Ini tempat perlindungan. Tempat yang tak ramai orang tahu. Hanya mereka yang benar-benar perlu akan datang ke sini.”
Keningku terangkat, rasa ingin tahu mulai membanjiri fikiranku. “Perlindungan? Untuk siapa? Dan kenapa di tengah kejiranan samseng?” tanyaku, memecah keheningan.
Area menoleh kepadaku, senyuman tipis menghiasi wajahnya. “Kadang-kadang, tempat yang paling berbahaya adalah tempat yang paling selamat, Adam. Tapi kalau awak nak tahu lebih lanjut, awak kena tanya samseng jalanan yang ada disini,” gurau kecil Area.
Aku memandang sekeliling sebelum mataku kembali tertuju ke rumah putih itu. Rasa waspada bercampur dengan rasa ingin tahu. Dari sudut mataku, aku sedar beberapa samseng masih memerhatikan kami dari jauh, seperti menunggu untuk melihat apa langkah seterusnya.
Area melangkah ke depan, tangannya mengetuk pintu kayu itu dengan pola tertentu — tiga ketukan pendek, diikuti dengan dua ketukan perlahan. Aku berdiri di belakangnya, jantungku berdegup kencang, tidak tahu apa yang menunggu kami di balik pintu itu.
Pintu kayu itu terbuka sedikit, cukup untuk seorang lelaki mengintai keluar. Wajahnya tegas, dengan sepasang mata tajam yang memandang Area tanpa sedikit pun senyuman.
“Apa yang kamu mahu?” tanyanya dingin.
Area dengan tenang mengeluarkan sehelai kertas dari poket sweaternya dan menunjukkannya kepada lelaki itu. Dia memerhatikan senarai tersebut dengan teliti sebelum menoleh ke arah dalam rumah dan berseru, “Hei, kau kena datang sini. Ada urusan yang perlukan perhatian kau.”
Tak lama kemudian, seorang lagi lelaki muncul, tubuhnya lebih besar dan wajahnya kelihatan lebih ramah, walaupun tetap berhati-hati. Dia memandang kami bergantian sebelum berbicara.
“Nampaknya dah lama kamu tak melawat kami, Area,” katanya sambil menyilangkan tangan. “Senarai tu menunjukkan giliran aku pula, betul tak?”
Area mengangguk ringan. “Ya. Saya hanya lakukan apa yang disuruh. Saya hanya menjalankan tugas yang diarahkan ketua kumpulan.”
Lelaki itu tertawa kecil, namun matanya masih memandang dengan penuh arti. “Sebelum itu, aku ada permohonan untuk kamu, Area.”
Dia mengeluarkan sehelai peta dari poketnya, membuka lipatannya dengan berhati-hati, dan menunjukkan lokasi yang ditandai di tengah peta itu. “Ini adalah lokasi sebuah rumah usang. Di dalamnya ada empat bilik. Aku mahu kamu periksa setiap bilik dan temukan sebuah beg. Bawa beg itu ke sini, dan aku akan berikan ganjarannya sekali dengan wang kontrak.”
Aku melirik Area dengan rasa ragu, tetapi dia tetap tenang seperti biasa. Dia mengambil peta itu dari lelaki tersebut, matanya memerhatikan lokasi yang ditunjukkan dengan teliti. Setelah beberapa saat, dia menutup peta itu dan menyimpannya ke dalam poket sweaternya.
“Kenapa kami perlu pergi ke lokasi ni?”
Lelaki itu menjawab dengan suara halus, “Area, dengar sini. Ini tugas kecil saja. Kamu selesaikan, aku pastikan semuanya lancar untuk habuan seterusnya.”
Area menghela nafas panjang, “Saya rasa bukan giliran saya untuk terima benda ni. Awak tahu, saya cuma datang ke sini atas urusan senarai?”
“Betul, tapi orang macam kamu lebih cekap daripada yang lain. Kamu pun tahu kalau aku suruh orang lain, belum tentu mereka terima kerja ni.”
Area berpaling ke arahku seolah-olah meminta sokongan, “Tapi…”
Lelaki itu membalas perkataan Area, “Tiada tapi, Area. Kamu tahu aku takkan minta kalau benda ni tak penting.” Dia berhenti seketika sebelum menyambung, “Lagipun, kamu handal dalam bab ini betul kan. Tentu kamu tidak mahu dianggap tidak berguna untuk kejiranan ini lagi, kan?”
Aku cuba bersuara membantah apa yang sedang terjadi. Namun Area kelihatan menerimanya tanpa bantahan, “Baiklah,” jawab Area ringkas. “Kami akan bawakannya.”
Lelaki itu tersenyum tipis, menepuk bahu Area sebelum mengundur ke dalam rumah. “Bagus. Aku tunggu berita baik dari kamu. Tolong bawakan secepat mungkin ke sini sebelum malam tiba dan jangan beritahu siapa-siapa mengenai ini. Anggaplah ini kerja bagi geng jalanan.”
Pintu itu tertutup kembali, dan kami pun berpaling untuk pergi. Aku menoleh ke arah Area dengan niat bertanya.
“Area betul ke awak nak tolong mereka? Mafi bukan samseng jalanan biasa. Mereka berada di pangkat yang lebih tinggi. Tentu ni kerja gila. Lagipun, lokasi tu nampak mencurigakan. Siapa tahu apa yang kita akan hadapi di sana?”
Area hanya tersenyum kecil, berjalan mendahuluiku. “Jangan risau, Adam. Ini bukan kali pertama saya dapat tugasan seperti ni daripada mereka. Awak ikut aja.”
Walaupun jawapannya menenangkan, aku tetap merasa tidak senang. Perasaan aneh itu terus menghantui langkah kami menuju ke lokasi baru yang telah diberikan. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Sebagai langkah berjaga-jaga aku harus bertanya kepadanya tentang keputusan yang dia buat.
Lagipun, Mafi bukan geng biasa, mereka merupakan kumpulan besar dan berada di kelompok yang lebih tinggi. Jauh lebih unggul dari geng jalanan dan geng daerah. Mereka suka menggunakan senjata api untuk merampas sesuatu dari geng lain.
Aku mempercepatkan langkahku cuba menyamakan kedudukan dengan Area.
“Area,” aku memanggil perlahan, cuba menarik perhatiannya. “Awak tak apa-apa? Kalau awak rasa tak selesa, kita boleh bincang tentang ini.”
Dia menghentikan langkah, memegang peta yang baru diterimanya dengan kedua-dua tangan, wajahnya kelihatan ragu-ragu.
“Area, betul ke keputusan awak untuk terima tugasan yang mereka beri?”
Dia berkata dengan halus, “Entah, saya sendiri pun tak pasti. Patut ke kita ambil tugasan ni dari mereka. Jantung saya berdebar-debar dan saya mula rasa tak sedap hati pasal ni.” Dia meneliti peta itu dengan penuh tatapan. “Saya sebenarnya tak mahu buat ni,” katanya perlahan, hampir berbisik. “Tempat ni... agak terpencil dari bandar. Saya dapat rasa yang akan ada bahaya yang mendatang.”
Aku memandangnya dengan soalan yang mendalam. “Kalau awak tak suka, kenapa awak setuju? Kita boleh cakap dengan dia untuk tolak tugasan yang diberikan.”
Dia menoleh, matanya memandang terus ke mataku. “Adam, sebenarnya saya tak ada pilihan lain selain terima tugasan ini. Kalau saya tolak, mungkin saya takkan dapat tugasan dari kejiranan ni lagi. Dan juga mereka nampak tegas dan saya ada hubung kait dengan mereka.”
“Hubung kait, apa maksudnya?” tanyaku, dengan sedikit geram. Namun aku tidak endahkan itu dan terus menasihati Area, “Awak patut jaga diri awak. Bukan ke awak taknak cari masalah dengan mana-mana kejiranan samseng?”
“Ya saya tahu. Tapi…” Area terdiam sejenak.
Matanya sedikit melirik ke arah tanah, senyuman yang sarat dengan beban yang aku tidak fahami muncul di wajahnya. “Itu sebab awak tak pernah tengok apa yang saya tengok sebelum ni, Adam. Awak tak tahu apa yang orang-orang macam mereka boleh buat kalau kita tak patuh arahan mereka.”
Aku tidak dapat berkata apa-apa. Ada sesuatu dalam nadanya yang membuatkan aku faham ini bukan soal pilihan bagi Area—ini soal tanggungjawab yang dia rasa terpaksa pikul, walaupun dia tidak mahu.
Area pernah mempunyai kontrak diantara Mafi sebelum ini dan biasanya Area akan lakukan tugasan-tugasan yang geng-geng lain berikan kepadanya, sebagai bentuk kerja buat dia. Aku tahu Area sering terlibat dengan geng-geng ganas. Cukup bahaya kalau dia teruskan kerja ini seorang diri. Namun, firasat Area tentang tempat yang bakal kami tuju ini sedikit dalam, bahkan aku juga merasa firasat yang sama.
Area menghela nafas panjang dan membuka peta itu sekali lagi, jarinya menunjuk ke arah lokasi yang dimaksudkan. “Tempat ni tak jauh, tapi kita kena berhati-hati. Kejiranan di sekitar rumah usang ni selalunya kurang aktif.”
Aku mengangguk perlahan, memahami maksudnya. “Kalau macam tu, kita buat ni dengan cepat. Lagi cepat selesai, lagi cepat kita keluar dari urusan Mafi dan geng kejiranan ini.”
Dia tersenyum lagi, kali ini lebih tulus. “Terima kasih, Adam. Saya tahu awak akan tolong.”
Tanpa membuang masa, kami mula berjalan menuju ke lokasi tersebut. Namun, dalam setiap langkah, aku tidak dapat menghilangkan perasaan risau terhadap apa yang menanti kami di rumah usang itu. Area mungkin kelihatan tenang di luar, tetapi aku tahu dia juga risau—dan itu membuatkan aku lebih berhati-hati.